Monday, December 5, 2011

KEMPEN: Kembali ke Sekolah 2012

Sempena ujung2 taun ni marila kte beramal!!...sy tlng pnjngkn email ni shaja...:)



Assalammualaikum.

Kepada
Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN RUMAH KASIH HARMONI : KEMBALI KE SEKOLAH

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Rumah Kasih Harmoni (RKH) telah pun mula beroperasi pada Januari 2009. Selain dari menjaga 40 anak-anak yatim, fakir miskin. RKH

Setiap hujung tahun dan menjelangnya awal tahun baru perbelanjaan di RKH adalah lebih tinggi dari bulan-bulan yang lain. Kedatangan bulan Disember datangnya bersama musim cuti sekolah dan disusuli pula dengan bulan Januari di mana sesi baru persekolahan baru akan bermula.

Di musim cuti sekolah ini anak-anak kami perlu kepada pengisian yang bermenafaat agar masa hampir dua bulan itu nanti spiritual, mental dan fizikal meraka akan terisi dengan hal-hal yang bermenafaat untuk mereka.

Jesteru itu pihak kami ingin mengajak tuan/puan untuk bersama-sama untuk menampung keperluan-keperluan yang dimaksudkan tadi:


A. Persiapan Kempen “Kembali ke Sekolah”
- Membiayai keperluan; unifom sekolah, alat tulis & beg.
- Sumbangan yuran persekolah

B. Keperluan Dapur:
- Menyumbang untuk keperluan makanan asas & makanan basah
- Menyumbang untuk keperluan perkakasan

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
MAYBANK : 5121- 8313- 4032

Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: rkh@baitulkasih.org.my

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Ustazah Rohana Ali: No. HP: 019-3133430


Segala kerjasama dan sumbangan yang tuan/puan usaha dan hulurkan pihak kami dahului dengan ucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah melipatgandakan rezeki tuan/puan dan diberkatinya. Amin.



p/s:
Tuan/Puan minggu ini saya dan staf saya agak sibuk dgn persiapan Tadika & Taska kami, sehubungan dgn itu, kami tak dapat utk memberi tumpuan kepada kerja memperpanjangkan mesej amal "Back 2 School" ini. Mohonlah tuan/puan mengajak kenalan2 lain utk bersama perpanjagkan mesej ini. Begitu jug sekiranya selepas 30/12/2011(Jumaat), sumbangan utk pakaian seragam hendaklah dibuat dalam bentuk barangan itu sendiri bukan dalam bentuk tunai, kecuali sumbangan untuk keperluan RKH yang lain.